
Alhamdulillah hasil dari sumbangan tuan/puan untuk program Ramadhan Healing tersebut, kami dapat mengagihkan sebanyak 500 bungkus makanan bersahur dan juga 558 set pakaian kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala lumpur.
Apa-apa pun kami amat bersyukur program pertama kami sebagai NGO ini berjalan lancar tanpa apa-apa gangguan. Benar kata orang, sekiranya niat kita baik. Allah akan permudahkan urusan kita.

